Pustaka Bahasa Melayu

Ilmu Bahasa dan Linguistik

Buku Penyelidikan Bahasa dan Linguistik


Penulis:
Mohd Ra'in Shaari
Abdullah Yusof

Buku ini memaparkan hasil penyelidikan bahasa dan linguistik yang meliputi bidang morfologi, sintaksis, linguistik berkomputer, semantik dan pragmatik, serta aspek pedagogi bahasa Melayu.

Secara khususnya, buku ini menjelaskan metodologi penyelidikan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu penyelidikan linguistik. Beberapa teori utama dalam penyelidikan linguistik yang mutakhir seperti teori Transformasi Generatif, Teori Relevans, Teori Linguistik Kognitif, dan Teori Theta telah diaplikasikan dalam buku ini. Selain itu, prosedur pengumpulan atau penjanaan data turut dijelaskan berserta pewajaran pemilihan sesuatu data. Analisis data dengan bantuan Teknologi Korpus Berkomputer yang memudahkan analisis data juga dipaparkan dalam buku ini. Hasil dapatan buku ini sesuai untuk dijadikan panduan bagi penggunaan bahasa yang lebih luas konteksnya.

Justeru, buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar, mahasiswa, pendidik, penyelidik bahasa serta mereka yang sentiasa menyanjung  bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan panduan bagi penulisan Kertas Projek atau Tesis Sarjana bidang bahasa dan linguistik Melayu.

Harga: RM35.00  (ISBN 978-967-975-558-9)  Jumlah muka surat: 275

0 comments:

Post a Comment